Selasa, 1 Jun 2010

Undang-Undang Pelik Di Dunia

KANADA :
* Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-

- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai misai palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT
* Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.

- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- MALAYSIA :
   ?? Read More..

Isnin, 31 Mei 2010

Penjara Paling Mewah Di Dunia



Gambar ruangan bilik tidur yang mempunyai tingkap & perabot tanpa jeriji besi untuk banduan di Penjara Halden, Norway.

Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi
bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta
(RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.

Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.

"Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.

Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka.

Lebih banyak info menarik di http://www.info-gallery.org Read More..

Ahad, 30 Mei 2010

Jenama Malaysia Paling Popular 2010

Streamyx, maxis, maybank dan sistem penerbangan malaysia (MAS) telah terpilih sebagai di antara jenama paling popular di Malaysia, mengikut kajian yang dilakukan oleh Reader’s Digest Tursted Brand Survey 2010. Kajian tersebut dilaksanakan di lapan pasaran negara Asia iaitu Malaysia, China, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Berdasarkan kajian pasaran tersebut juga mendapati produk dan perkhidmatan ‘Made in Malaysia’ memenangi 23 daripada 43 kategori produk dan perkhidmatan yang paling popular di kalangan pengguna.
Di antara senarai produk dan perkhidmatan yang terpilih sebagaimana yang disiarkan oleh Kosmo! adalah:
  1. Bank Paling Dipercayai - Maybank/Public Bank
  2. Jenama Kenderaan – Proton (tempatan) – Honda/Toyota (luar negara)
  3. Perkhidmatan Kewangan Islam – Bank Islam
  4. Stesen Minyak – Petronas/Shell
  5. Penyedia Perkhidmatan Telefon – Maxis
  6. Kurier – PosLaju
  7. Penyedia Perkhidmatan Internet – Streamyx
  8. Pemaju Hartanah – Sime Darby Property
  9. Sektor Awam Paling Dipercayai – Jabatan Imigresen
  10. Syarikat Penerbangan – Malaysia Airlines (MAS)
  11. Destinasi Pelancongan – Genting Highlands/Langkawi
  12. Hospital Utama – Hospital Kuala Lumpur
  13. Kedai Elektronik Pilihan – Senheng
Macamana pengalaman anda dengan syarikat dan pihak yang tersenarai di atas? Read More..

Sabtu, 29 Mei 2010

Bergayut Untuk Ke Sekolah

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan seorang pelajar perempuan menggunakan talian kabel di Rio Negro, Colombia.

BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah.

Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.

Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.

Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.

Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran.

Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain.. Read More..

Kepala Kucing Ditusuk Paku


Kepala seekor kucing ditusuk paku (bulatan) & Gambar X-ray menunjukkan paku yang tertusuk di kepala seekor kucing.

BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing masih hidup walaupun kepalanya ditusuk dengan paku.

Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.

Seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan Cindy Rarrat, berkata.. "dia tidak pernah melihat situasi seperti itu terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup & paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu."

Namun, seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan Read More..

Kapal udara terbesar di dunia


MONTGOMERY, Amerika Syarikat (AS) - Kapal udara terbesar di dunia yang dinamakan sebagai Bullet 580 akan menjalani ujian penerbangan pada musim panas ini.

Kapal udara sepanjang 71.62 meter dan berdiameter 19.18 meter itu dibina oleh syarikat E-Green Technologies dengan menggunakan sejenis bahan nipis tetapi 10 kali ganda lebih kukuh berbanding besi.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Green Technologies, Mike Lawson berkata," ia cukup perlahan untuk menikmati pemandangan dari udara, boleh membawa kargo sehingga berat 907 kilogram pada ketinggian 6,000 meter dan boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh atau dikendalikan oleh seorang krew.

Kapal udara itu berharga AS$7.8 juta (RM25.7 juta) dan dibekalkan oleh tujuh beg berisi gas helium dan bergerak pada kelajuan 56 kilometer sejam.

Kapal itu akan melakukan misi mengukur kelembapan bumi dengan kerjasama Universiti Old Dominion dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik AS..

Read More..

Jumaat, 28 Mei 2010

Kumpul Virus Jadi Jutawan !

MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989.

Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.

Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.

Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.

Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB.

Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada – AVP.

Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri – Kaspersky Anti-Virus.

Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia.

Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan.

Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.

Maklumat lain yang boleh baca mengenai beliau di lamanweb Wikipedia dan Kaspersky sendiri. Read More..