Ahad, 30 Mei 2010

Jenama Malaysia Paling Popular 2010

Streamyx, maxis, maybank dan sistem penerbangan malaysia (MAS) telah terpilih sebagai di antara jenama paling popular di Malaysia, mengikut kajian yang dilakukan oleh Reader’s Digest Tursted Brand Survey 2010. Kajian tersebut dilaksanakan di lapan pasaran negara Asia iaitu Malaysia, China, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Berdasarkan kajian pasaran tersebut juga mendapati produk dan perkhidmatan ‘Made in Malaysia’ memenangi 23 daripada 43 kategori produk dan perkhidmatan yang paling popular di kalangan pengguna.
Di antara senarai produk dan perkhidmatan yang terpilih sebagaimana yang disiarkan oleh Kosmo! adalah:
  1. Bank Paling Dipercayai - Maybank/Public Bank
  2. Jenama Kenderaan – Proton (tempatan) – Honda/Toyota (luar negara)
  3. Perkhidmatan Kewangan Islam – Bank Islam
  4. Stesen Minyak – Petronas/Shell
  5. Penyedia Perkhidmatan Telefon – Maxis
  6. Kurier – PosLaju
  7. Penyedia Perkhidmatan Internet – Streamyx
  8. Pemaju Hartanah – Sime Darby Property
  9. Sektor Awam Paling Dipercayai – Jabatan Imigresen
  10. Syarikat Penerbangan – Malaysia Airlines (MAS)
  11. Destinasi Pelancongan – Genting Highlands/Langkawi
  12. Hospital Utama – Hospital Kuala Lumpur
  13. Kedai Elektronik Pilihan – Senheng
Macamana pengalaman anda dengan syarikat dan pihak yang tersenarai di atas?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan